Apa yang sudah terjadi dengan saya?
Kerana mulut, badan binasa tetapi dalam keadaan saya, badan saya tidak binasa sebaliknya kawan-kawan merajuk lalu beri silent treatment. Kenapa mulut saya terlalu laser? Saya semakin kejam dan jahat, hampir setiap perkataan yang terkeluar dari mulut saya boleh menyakitkan hati dan emosi orang.
Sekarang belum sampai satu bulan lagi tetapi saya telah mencalar dan mengguris perasaan sekurang-kurangnya 2 pelajar UM.
Saya perlu belajar diam, tutup mulut dan hanya bercakap apabila perlu.
Baiklah, itu akan menjadi sasaran saya bermula daripada sekarang sehingga akhir Februari.
Kita akan lihat sama ada perubahan ini mampu memperbaiki keadaan keruh ini atau tidak...
No comments:
Post a Comment